05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DELEGASI JAWI BERMUSAFIR KE NEGERI ZON SELATAN

DG1

 

27-29 Ogos 2024M | 22-24 Safar 1446H (Selasa-Khamis) – Delegasi JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah bermusafir selama 3 hari 2 malam dalam menjayakan Lawatan Penanda Aras CKSB ke Negeri Zon Selatan. Lawatan telah dilaksanakan ke Bahagian Dakwah,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan bagi mendapat info dan gerak kerja berkaitan pengurusan hal ehwal mualaf. Pengarah JHEAINS iaitu Tuan Haji Mohd Asri bin Abdulah turut hadir meraikan delegasi daripada JAWI.

Seterusnya JAWI bergerak ke negeri Johor Darul Takzim dan disambut oleh Tuan Haji Mohd Zamri bin Kambari, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah,Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Johor (JAINJ). Taklimat berkaitan usaha dakwah yang dijalankan di negeri Johor telah dikongsikan bersama dalam memastikan objektif perkembangan dakwah kepada masyarakat dapat diperkasakan.

Delegasi JAWI turut melawat Darul Ukhwah Johor Bahru. Ketibaan delegasi disambut oleh Encik Riduan bin Abdullah selaku Pengerusi Darul Ukhwah,Daerah Johor Bahru. Tayangan video aktiviti yang dipaparkan mencerminkan usaha gigih Darul Ukhwah Johor Bahru dalam menjadikan Darul Ukhwah sebagai pusat pendidikan dan perhimpunan mualaf di Johor Bahru untuk merapatkan ukhwah dan melakukan pelbagai aktiviti harian dan mingguan.

Penutup lawatan adalah dengan mengunjungi Pusat Informasi Islam di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Delegasi JAWI telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Nazarudin bin Ali,Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Sosioekonomi, Waqaf An Nur Corporation Berhad. Manakala taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Syafiee bin Abd Rahman,Pengurus Jabatan Syariah & Dakwah, Wakaf An-Nur Corporation Berhad. Pewujudan dan pengoperasian Pusat Informasi Islam ini telah berjaya menarik pelbagai golongan bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malahan pelancong luar negara untuk mendekati masjid.

Delegasi JAWI telah diketuai oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, turut serta Puan Imlah binti Abd.Aziz,Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Sahirman bin Ahmad. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua jabatan, agensi dan NGO di Negeri Sembilan dan Johor Darul Takzim atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dalam memperkasakan pengurusan mualaf di negara ini.

 

 

DG2 DG3
DG4 DG5
DG6 DG7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel