05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI BERKOLABORASI BERSAMA JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KE ARAH KESEJAHTERAAN SOSIAL

KB1

 

29 Ogos 2024M | 24 Safar 1446H (KHAMIS) – Minda yang cerdas bermula pada badan yang sihat, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan(JKWP) telah menganjurkan Program Agama dan Kesihatan Siri ke-7 melalui Seminar Kesedaran HIV kepada 180 orang pelajar Sekolah Menengah Islam IQKL.

Program ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran bagi menjayakan inisiatif Bandar raya Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV menjelang 2030 bagi memastikan kesejahteraan sosial khususnya di kalangan masyarakat Islam. Melalui program ini, para peserta telah didedahkan dengan ceramah kesedaran kesihatan berkaitan “Apa itu HIV?” menerusi slot Jom Peduli. Slot ini telah dikendalikan oleh pakar perubatan keluarga iaitu Dr Danial Izzat bin Minhat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Manakala ceramah kesedaran dari perspektif agama pula menampilkan penceramah Dai Nor Adibah Rozain melalui Slot Jom Cakna “Al Aqlu Salim Fi Jismi Salim”.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Diharap penganjuran program ini memberi manfaat kepada para pelajar di dalam menelusuri kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini.

 

 

KB2 KB3
KB4 KB5
KB6 KB7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel