05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kembara Kasih Mualaf Madani 2024

KK1

 

23-25 Ogos 2024M | 18-20 Safar 1446H (JUMAAT-AHAD) – JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah menganjurkan Program Kembara Kasih Mualaf Madani 2024 bertempat di Kampung Orang Asli, Pos Tuel, Gua Musang, Kelantan Darul Naim dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Pejabat Agama Jajahan Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan (PENGGERAK) dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Pos Tuel, Gua Musang. Objektif program ini diadakan adalah untuk merealisasikan program dakwah yang lebih efisien termasuk mendedahkan para mualaf untuk menimba pengalaman berdakwah dengan menyantuni masyarakat luar dengan lebih rapat.

Pelbagai aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang 3 hari berkampung, antaranya ialah Klinik Tahsin Surah al-Fatihah dan Surah Lazim, Ziarah ‘Door To Door”, sembang santai perkongsian ilmu dan pengalaman hidup mualaf, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, pertandingan sukan bola sepak, sepak raga bulatan, majlis ijab dan qabul serta meraikan pasangan pengantin, gotong royong dan jamuan makan rakyat bersama seluruh penduduk kampung.

Aktiviti sembang santai diiringi cabutan bertuah juga telah dilaksanakan dengan pelbagai hadiah menarik seperti basikal, barang elektrik, permainan kanak-kanak, alatan memasak dan termasuk barangan hamper untuk warga penduduk kampung yang terpilih. Peserta mualaf telah melaksanakan misi Ziarah ‘Door to Door’ iaitu penyampaian sumbangan barang asasi kepada para penduduk di samping beramah mesra serta merapatkan ukhuwah sesama mereka. Seramai 150 ketua isi rumah telah diziarahi dengan jumlah hampir 1000 orang penduduk menerima manfaat ziarah ini. Setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik dan meriah oleh penduduk Orang Asli Pos Tuel.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah CKSB, BPD JAWI dan diteruskan dengan acara bergambar bersama para peserta dan warga penduduk kampung. Simbolik perasmian telah diadakan dengan penyerahan barangan asasi dan cabutan nombor terpilih kepada warga Kampung Orang Asli Pos Tuel.

Kembara Kasih Mualaf 2024 telah mendapat sokongan yang padu daripada Rakan Strategik JAWI iaitu Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. dan Nestle Malaysia serta turut bersama daripada Team JAWI Foodbank yang membantu pelaksanaan agihan barangan kepada seluruh warga penduduk. Para peserta mualaf dan urus setia program kembara turut meraikan majlis walimatul urus pasangan mempelai penduduk kampung pada hari terakhir. Semoga dengan program yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan nilai dakwah dalam diri semua pihak, di samping memberi manfaat yang besar kepada masyarakat luar.

 

 

 

KK2 KK3
KK4 KK5
KK6 KK7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel