05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNG HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM PERLIS (JAIPs) KE KOMPLEKS DARUL HIDAYAH (KDH)

KH1

 

22 Ogos 2024M | 17 Safar 1446H (KHAMIS) - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah menerima kunjungan Program lawatan daripada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs). Kunjungan ini bertujuan bagi meninjau pengoperasian di Kompleks Darul Hidayah Sentul Kuala Lumpur. Delegasi di ketuai oleh Ustaz Mohammad Nurhelmy bin Norman Penolong Pengarah Bahagian Dakwah bersama 30 orang peserta dari kalangan asnaf Mualaf dan tenaga pengajar mualaf negeri Perlis. Delegasi disambut oleh Pihak Pengurusan Kompleks Darul Hidayah yang diketuai oleh Puan Siti Fuziah binti Bachok, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB). Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan daripada Puan Siti Fuziah binti Bachok Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, manakala ucapan balas daripada YBrs. Ustaz Mohammad Nurhelmy bin Norman Penolong Pengarah Bahagian Dakwah.

Selain itu mereka juga ditontonkan dengan Video Korperat Kompleks Darul Hidayah bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh terhadap pengoperasian Kompleks Darul Hidayah (KDH). Majlis diakhiri dengan acara pertukaran cenderamata , sesi lawatan ke kelas pengajian dan sesi bergambar beramai-ramai serta makan tengahari. Semoga Jalinan kerjasama ini, akan dapat diteruskan untuk kebaikan para mualaf khasnya dan pengurusan Islam amnya.

 

 

KH2 KH3
KH4 KH5
KH6 KH7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel