05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMANTAPAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.18 AM 3

 

22 Ogos 2024M | 17 Safar 1446H (KHAMIS) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memantapkan ilmu dan skill yang dimiliki oleh penceramah-penceramah Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) agar penyampaian ceramah mereka dapat memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Ia juga bagi memastikan penceramah-penceramah KPPI sentiasa mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

Seminar dimulai dengan sesi ceramah bertajuk “Pentadbiran Prosedur Perkahwinan dan Pendaftaran Nikah, Cerai & Rujuk Wilayah Persekutuan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fairudz bin Saderi, Penolong Pengarah Kanan, JAWI Putrajaya. Sesi ceramah kedua bertajuk “Pengabaian Nafkah Sebagai Faktor Penceraian dan Kerentenan Wanita dan Kanak-Kanak” pula telah disampaikan oleh Dr. Dina Imam Supaat, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir, YBrs Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK dan Puan Nurfarizan binti Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, KSK JAKIM. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penceramah-penceramah KPPI Wilayah Persekutuan telah hadir dalam menjayakan seminar ini.

 

 

WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.17 AM WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.18 AM
WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.18 AM 1 WhatsApp Image 2024 08 23 at 11.14.55 AM 1
WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.19 AM WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.22.19 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel