05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PENCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2024

WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.45 AM 1

 

21 Ogos 2024M | 16 Safar 1446H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (PNCR & PPNCR) Siri 2/2024 bertempat di Dewan Kuliah, Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan profesionalisme PNCR dan PPNCR dari sudut pengetahuan dan pemahaman hukum syarak, peraturan serta peruntukan undang-undang berkaitan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan ruju’ khususnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Kursus ini juga bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan runding cara di samping dapat mengeratkan hubungan di antara PPNCR dengan pihak Jabatan,

Kursus dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Kepentingan Memahami Prinsip Undang-Undang Syarak dan Akta 303 dalam Penyelesaian Isu-Isu Kekeluargaan” yang telah disampaikan oleh Ustazah Azlina binti Soaed, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Manakala ceramah kedua bertajuk “Peranan PNCR dan PPNCR dalam Runding Cara Syarie dan Penyelesaian Konflik Keluarga” telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor.

Pengisian sebelah petang pula ialah Diskusi Isu-isu Nikah, Cerai dan Rujuk Bersama PNCR. Slot ini memberi penjelasan kepada peserta tentang maklumat dan informasi terkini berkaitan pengurusan dan prosedur nikah, cerai dan rujuk serta menjawab pertanyaan dan kemusykilan peserta.

Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Seramai 70 peserta dalam kalangan PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah hadir pada kursus tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang.

 

 

WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.46 AM WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.45 AM 3
WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.45 AM 2 WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.45 AM 1
WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.34.45 AM WhatsApp Image 2024 08 23 at 10.49.50 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel