05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH SAUDARA KITA (MUALAF) PERINGKAT DAERAH MERSING, JOHOR KE JAWI

PZ1

 

15 Ogos 2024M | 10 Safar 1446H (Khamis) - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah menerima kunjungan Program Ziarah Muhibbah Saudara Kita (Mualaf) Peringkat Daerah Mersing Johor. Kunjungan ini bertujuan bagi meninjau pengoperasian di Kompleks Darul Hidayah Sentul Kuala Lumpur. Delegasi di ketuai oleh YBrs. Assyeikh Hj. Muhamad Suhadi bin Msran Kadi Daerah Mersing bersama 40 orang peserta dari kalangan asnaf Mualaf.

Delegasi disambut oleh Pihak Pengurusan Kompleks Darul Hidayah yang diketuai oleh Puan Siti Fuziah binti Bachok, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB). Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan daripada Puan Siti Fuziah binti Bachok Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, manakala ucapan balas daripada YBrs. Assyeikh Hj. Muhamad Suhadi bin Msran. Selain itu mereka juga ditontonkan dengan Video Korperat Kompleks Darul Hidayah bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh terhadap pengoperasian Kompleks Darul Hidayah (KDH).

Majlis diakhiri dengan acara pertukaran cenderamata dan sesi bergambar beramai-ramai serta makan tengahari. Selepas solat zohor, mereka dibawa untuk melihat persekitaran Kompleks serta melawat kelas pengajian yang sedang berlangsung pada sesi petang. Semoga Jalinan kerjasama ini, akan dapat diteruskan untuk kebaikan para mualaf khasnya dan pengurusan Islam amnya. 

 

 

PZ2 PZ3
PZ8 PZ5
PZ6 PZ7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel