05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF TAHUN 1446H/ 2024M

MA1

 

19 Ogos 2024M | 14 Safar 1446H (Isnin) - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf Tahun 1446H/ 2024M di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul, Kuala Lumpur. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis Apresiasi ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan pencapaian pelajar yang telah menunjukan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah sepanjang tempoh pengajian di KDH. Malahan majlis ini turut meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian selama satu tahun enam bulan untuk kemasukan Sesi Julai 2022 hingga Disember 2023 dan Sesi Januari 2023 hingga Jun 2024. Ia memberikan suntikan semangat serta galakan kepada para pelajar untuk terus berusaha gigih meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan ilmu masing-masing.

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Kategori Lelaki Sesi Julai 2022 hingga Disember 2023 telah dinobatkan kepada En. Muhammad Razin Rifqi bin Abdullah, 42 tahun dan kategori pelajar perempuan pula dinobatkan kepada Pn. Masturina Sagan binti Abdullah, 54 tahun. Manakala bagi Sesi Januari 2023 hingga Jun 2024, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Kategori Lelaki dinobatkan kepada En. Yong Yuen Fui, 67 tahun dan kategori perempuan dinobatkan pula kepada Puan Nur Merlina binti Dapesawan, 47 tahun. Malahan turut diumum dan diberikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada mereka yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga untuk setiap tahap pengajian asas, pertengahan dan lanjutan.

Sejumlah 60 orang pelajar telah berjaya memperolehi Sijil Tamat Pengajian dan manakala 22 orang pelajar daripadanya adalah mereka yang mendapatkan anugerah pelajar cemerlang dan terbaik. Semoga semua pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang sesi pengajian di KDH bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

 

 

MA2 MA3
MA4 MA5
MA6 MA7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel