05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL BICARA PAKAR UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH TAHUN 2024; “GANGGUAN PIHAK KETIGA, SEJAUH MANA BOLEH DIDAKWA”

 

455323692 893099399300569 5126402420739222543 n

16 Ogos 2024 | 11 Safar 1446H (Jumaat) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menganjurkan Bengkel Bicara Pakar Undang-undang Jenayah Syariah Tahun 2024; “Gangguan Pihak Ketiga, Sejauh Mana Boleh Didakwa” pada 14-16 Ogos 2024 bertempat di Hotel Permai,Kuala Terengganu.

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penguatkuasaan Akta Kesalahan Jenayah Syariah khususnya bagi kesalahan gangguan pihak ketiga. Selain itu juga peserta dapat meneroka peluang-peluang baharu serta kaedah bersesuaian untuk diaplikasikan di JAWI dalam menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Penceramah dijemput khas dari Terengganu iaitu Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad, Penolong Penasihat Undang-undang Negeri (Syariah) , Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu dan Tuan Muhamad Khasmizan bin Abdullah, Ketua Bahagian Penyelidikan Perundangan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Selain daripada Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) daripada Bahagian Penguatkuasaan, wakil daripada Bahagian Penyelidikan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dan Labuan juga turut hadir menjadikan peserta bengkel seramai 52 orang.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Bicara Pakar Undang-undang Jenayah Syariah Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.

Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat membuka mata banyak pihak bahawa tanggungjawab menangani masalah gangguan pihak ketiga bukan hanya terletak pada Bahagian Penguatkuasaan malah ia adalah tanggungjawab bersama semua bahagian di JAWI.

 

455258729 893099462633896 5129794137394513982 n 455608269 893099515967224 4545476762907137141 n
455936405 893676965909479 5816952234395700408 n 455968041 893676839242825 6998011155621059651 n
456056501 893676929242816 2865227049075914436 n 456081366 893676889242820 3599895597449577741 n

Disediakan oleh:
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel