05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

GANGGUAN PIHAK KETIGA MEMBAWA JAWI KE JHEAT

1

15 Ogos 2024M | 10 Safar 1446H (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Delegasi JAWI diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir, YBrs. Encik Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan merangkap Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama JAWI bersama 48 orang peserta Bengkel Bicara Pakar Undang-undang Jenayah Syariah; "Pihak Ketiga, Sejauh Mana Boleh Didakwa" yang di adakan pada 14-16 Ogos 2024 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Kehadiran delegasi JAWI disambut oleh Tuan Haji Aizi Saidi bin Abd Aziz, Ketua Penolong, Bahagian Penguatkuasaan JHEAT.
Pelaksanaan lawatan kali ini bertujuan berkongsi pandangan dan maklumat serta bertukar pendapat berkaitan penguatkuasaan JHEAT terhadap kesalahan jenayah syariah terutamanya melibatkan kesalahan gangguan pihak ketiga di samping mengeratkan hubungan antara dua agensi agama.
Semoga lawatan ini memberikan impak yg positif kepada JAWI dalam menambahbaik penguatkuasaan undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan.

455044683 892311696046006 9084168429850735371 n 456047134 893680455909130 3481663303022890162 n
2 456139414 893680399242469 3866347687773958702 n

 

Disediakan oleh:

Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel