05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TAULIAH PENYEMBELIH SIRI 2 TAHUN 2024

1

 

15 OGOS 2024 (KHAMIS)- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Tauliah Penyembelih Siri 2/2024 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi memastikan hanya jurusembelih yang layak dan lulus sahaja diperakukan untuk menerima Tauliah Penyembelih. Seramai 29 orang pemohon (19 permohonan baharu dan 10 permohonan permbaharuan) telah lulus tapisan yang dijalankan oleh JAWI.

Kursus ini adalah untuk menguji kefahaman dan kemahiran jurusembelih dengan dinilai melalui ujian bertulis, ujian lisan dan praktikal sembelihan. Pemohon juga telah didedahkan berkaitan sembelihan halal, manual prosedur dan peraturan berkaitan sembelihan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dua (2) tajuk dalam slot pertama telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Amin bin Ibrahim dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkaitan Sembelihan Menurut Hukum Syarak dan Permohonan Tauliah Penyembelih Serta Etika Penyembelih. Manakala slot kedua didedahkan dengan tajuk yang berfokus kepada Etika Pengendalian Ayam Mentah dan Kebersihan Premis yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Fakarudin bin Masod dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majlis disempurnakan lagi dengan perasmian penutup dan penyampaian sijil dan kad Tauliah Penyembelih oleh YBrs. Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

11 14
4 5
 7 8 
15 16

 

Disediakan oleh:

Cawangan Pengurusan Halal

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel