05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 2/2024

MJ1

 

13 Ogos 2024M | 8 Safar 1446H (Isnin) - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP) Kali Ke-22 Bilangan 2/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Professor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi JKHEMWP merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al Farabi, JAWI Cawangan Putrajaya, Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dengan kehadiran Ahli-ahli JKHEMWP yang terdiri daripada Pengarah JAWI selaku Timbalan Pengerusi JKHEMWP, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Wilayah Persekutuan, ahli-ahli NGO dan individu kalangan mualaf yang dilantik.

Mesyuarat julung kali dipengerusikan oleh YBhg. Professor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin merupakan Pengerusi JKHEMWP yang baharu dan membincangkan isu-isu semasa pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan. Agenda mesyuarat membahaskan pelaporan pendaftaran pengislaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bagi separuh tahun 2024, pelaksanaan Kelas -kelas Pengajian Mualaf, pelaporan kes permohonan pengisytiharan status agama dan pelaporan kemajuan pelaksanaan Program Mualaf Qulubuhum – DAWANITY (Islam 101) yang dibentangkan oleh pihak Global UNITY Network.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.45 tengah hari dengan ucapan penutup oleh YBhg. Professor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi JKHEMWP yang sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang istiqomah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung.

 

 

MJ2 MJ3
MJ4 MJ5
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel