05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TAHSIN HAFAZAN AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1446H/ 2024M

KT1

 

15 Ogos 2024M | 10 Safar 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tahsin Hafazan al-Quran Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/ 2024M. Kursus ini berlangsung pada 13 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di PD Golf & Country Club, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada peserta hafazan yang terpilih untuk Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) yang akan berlangsung pada Oktober nanti.

Objektif utama penganjuran kursus ini ialah untuk melatih dan membimbing para peserta agar dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti persembahan dan hafazan terutama dari aspek tajwid, lahjah dan fasahah dengan teknik-teknik yang dibimbing oleh panel yang terlibat secara langsung dalam penghakiman hafazan al-Quran.

Kursus ini diadakan melalui 8 sesi meliputi aspek teori dan amali. Panel penceramah yang dijemput khas mewakili bidang-bidang kepakaran masing-masing antaranya Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Fasahah), YBrs. Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim (Taranum), Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman (Hafaz & Lancar) dan Al-Fadhil Ustaz Sazali bin Yaakob (Tajwid).

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Imlah binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

 

 

KT2 KT3
KT4 KT5
KT6  

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel