05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

 

 WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.58 AM 1

 

16 Ogos 2024 | 11 Safar 1446H (Jumaat) –Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah melaksanakan Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Labuan selama dua hari bermula 14 hingga 15 Ogos 2024 (Rabu dan Khamis).

Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-wilayah Persekutuan selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI. Program audit pada tahun ini adalah susulan daripada audit yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan bersama empat orang juruaudit yang dilantik secara dalaman. Skop pengauditan memfokuskan kepada urusan kebenaran berkahwin, permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim, pendaftaran nikah, cerai dan rujuk, permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P), RC dan Jawatankuasa Pendamai (JKP), SPPIM serta pembayaran fi.

Hasil daripada audit yang dijalankan, secara keseluruhannya pasukan audit mendapati bahawa tadbir urus NCR dan RC di JAWI Labuan telah dilaksanakan dengan sangat baik di mana banyak penambahbaikan dan penyelarasan telah dibuat terhadap hasil penemuan dan teguran audit yang telah diberikan pada tahun 2023. Walaupun demikian, terdapat beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Labuan selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu KPNCR Wilayah Persekutuan turut membuat penyerahan surat makluman pelantikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) kepada KPP JAWI Labuan dan penerangan fi dalam kaedah yang akan dilaksanakan pada 1 september nanti.

 

 

 

WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.57 AM WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.58 AM
WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.58 AM 2 WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.59 AM
WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.59 AM 1 WhatsApp Image 2024 08 16 at 10.19.59 AM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel