05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM MAHABBAH OUTREACH JAWI (MENYANTUNI KANAK-KANAK KANSER) BERSAMA UKM RIDERS SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H

K1

 

8 Ogos 2024M | 4 Safar 1446H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK)), Kelab Ukhuwah Kembara Malaysia (UKM Bikers), Wheel of Charity (WOC) dan Mental Health Nursing Malaysia (MHN) telah menganjurkan Program Mahabbah Outreach Sempena Maal Hijrah 1446H di Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Kuala Lumpur.

Program diisi dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh pendakwah, PU Rozi Harun dan DSP Norfidah binti Muhammad Dan daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada kanak-kanak kanser di wad HPKK yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi), turut hadir bersama Tuan Haji Mohd Marzuki bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Pengurusan HPKK dan Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Program ini adalah kelangsungan dalam menyantuni kanak-kanak penghidap kanser. Semoga anak-anak ini diberi kesembuhan, diberi ketabahan berjuang melawan penyakit dan kesabaran kepada ibubapa mereka.

 

 

K2 K3
K4 K5
K6 K7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel