05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 2/2024

1

 

8 Ogos 2024 | 03 Safar 1446H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 2/2024 kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Utama, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Program pengajian pada kali ini membincangkan tajuk "Isu-isu Nafkah, Hak-hak Isteri dan Anak-anak" yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai nafkah, tanggungjawab suami kepada isteri dan anak-anak menurut Perspektif Syarak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya menurut Mazhab Imam Syafie.

Seramai 80 Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) telah menghadiri program ini. Turut hadir YBrs. Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Unit Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (PPNCR), Cawangan Nikah, Cerai dan Rujuk, BPPK JAWI.

 

 

 

5 4
2 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel