05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KONVENSYEN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

450109122 871211964822646 6110790474139693999 n

 

KONVENSYEN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TANGKIS ANASIR MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM

09 JULAI 2024 (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini menganjurkan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur. Konvensyen sehari itu bertemakan “Merungkai Rahsia Di Sebalik Fenomena Akhir Zaman” dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Datuk Haji Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Konvensyen kali ini membincangkan topik hakikat sebenar Imam Mahdi menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pendedahan mengenai dakwaan dan pengakuan individu atau kumpulan ajaran tertentu yang mengaku secara langsung sebagai Imam Mahdi melalui penyebaran fahaman seperti ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light dan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Konvensyen tersebut menjadi platform untuk memberikan kesedaran, kefahaman, dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah agar dapat menjadi benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar. Selain itu, ia juga bertujuan mengenalpasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmoniaan ummah lebih-lebih lagi yang tersebar melalui media sosial.

Konvensyen dihadiri oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Mufti Negeri-Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pelajar-pelajar dari Universiti Awam dan Swasta, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Antara topik yang dibincangkan adalah “Al-Mahdi dan Hadis Akhir Zaman" disampaikan oleh Dr. Mohd Yusuf bin Ismail dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta sesi Bedah Buku “Timeline Akhir Zaman” oleh Dr. Amirul Ashraff bin Yassir Arafat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Forum Hal Ehwal Akidah dianjurkan di penghujung sesi dengan tajuk “Apa?! Imam Mahdi Dah Muncul?!” yang membariskan ahli panel iaitu Dr Muhammad Rashidi bin Wahab (UniSZA), Dr. Faisal bin Ahmad Shah (Universiti Malaya) dan Dr. Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid (Universiti Malaya). Lebih istimewa, Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang juga penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H turut hadir menyampaikan ucaptama dengan tema "Akidah Menurut Kerangka Fiqh Mizan" sebelum acara perasmian.

#JAWI

#SentiasaDicontohi

#MalaysiaMADANI

#PelanAlFalah

#JubliEmasJAWI

 

450190136 871212014822641 5872444889084858193 n 450124488 871212064822636 2119813425583403035 n
450200659 871212138155962 5968143352873733453 n 450229363 871212198155956 6476548749846267268 n
   

 

Disediakan oleh:

 

Cawangan Akidah,

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel