05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR BICARA SYARIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

download

 

SEMINAR BICARA SYARIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MERUNGKAI ISU DAN PERMASALAHAN BERKAITAN FARAID

26 JUN 2024 (RABU) -bertempat di Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan telah berlangsung dengan jayanya Seminar Bicara Syariah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datin Naini Akmal binti Che Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI.

Seminar yang bertemakan Fiqh al-Mawarith dengan tajuk Faraid: Pengurusan harta keluarga dalam Islam merupakan lanjutan dari seminar yang diadakan pada tahun 2023 dengan kupasan yang lebih mendalam dan menyeluruh khusus berkaitan Faraid. Seramai 160 peserta hadir bagi menjayakan seminar yang disampaikan oleh Tuan Zahari bin Mahad Musa, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Malaysia (USIM) yang sangat berpengalaman dalam isu dan persoalan berkaitan pengurusan harta dalam Islam.

Tujuan penganjuran seminar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai pentingnya ilmu pengurusan harta selepas kematian agar pengurusan dan perancangan harta selepas kematian dapat diurus dengan baik tanpa menimbulkan perselisihan dan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga, terutama yang melibatkan hak waris dan kadar pembahagian pusaka mengikut syariat dan undang-undang.

 

449034862 863584218918754 3901541142048607070 n 449038617 863584282252081 3075840563790211556 n
449016356 863584348918741 2960492181195965492 n 449037855 863584335585409 6417019347811393753 n
449101560 863584355585407 5125085860223263696 n 449078308 863584248918751 5204309659330466946 n
   

 

Disediakan oleh:

 

Cawangan Syariah,

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel