05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KKM BERSAMA DELEGASI NEGERI SELURUH MALAYSIA

LK1

 

7 Ogos 2024 | 2 Safar 1446H - Satu kunjung hormat daripada delegasi KKM telah berlangsung di ‘Ilaj Home pada 7 Ogos 2024.

Lawatan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi seluruh negeri yang diketuai oleh YBrs. Dr Fazidah bt Yuswan, Ketua Sektor HIV/STI/ Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia ini adalah bertujuan bagi memberi pengetahuan umum berkenaan pengoperasian di ‘Ilaj Home semenjak ia ditubuhkan. Lawatan ini juga dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan 'Ilaj Home, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan ke 'Ilaj Home.

Majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan pengoperasian 'Ilaj Home yang disampaikan oleh YBrs. Puan Imlah binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada para tetamu yang hadir.

Lawatan yang berlangsung selama 3 jam ini diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti di sekitar 'Ilaj Home.

 

 

LK2 LK3
LK5 LK4
LK6 LK7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel