05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMBANGUNAN REMAJA TAHUN 2024

WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.11 PM 1

16 Julai 2024 I 10 Muharam 1446H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Seminar Pembangunan Remaja bertempat di Dewan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.16 Julai 2024 (Selasa) bersamaan 10 Muharam 1446H, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Seminar Pembangunan Remaja bertempat di Dewan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari 19 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur telah hadir dalam menjayakan seminar ini.
Slot ceramah pertama bertajuk “Pengurusan Stress Dalam Kalangan Remaja” telah disampaikan oleh Encik Muhammad Khairul Amin bin Alias, Pegawai Psikologi (Kaunseling), Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala slot ceramah kedua bertajuk “Membentuk Keperibadian Ulul Albab & Al-Qawiyyul Amin” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bukhari bin Halias, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir Encik Misron bin Ali, Penolong Pengarah ADNI, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Objektif utama seminar pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja berkaitan matlamat hidup dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah Allah. Program ini juga diharap dapat membantu remaja memperbaiki akhlak keperibadian dalam usaha memantapkan diri mereka mendepani pelbagai ujian dan tribulasi hidup yang semakin mencabar.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.14.21 PM WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.08 PM
WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.07 PM WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.09 PM
WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.09 PM 1 WhatsApp Image 2024 08 06 at 3.27.09 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel