05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TAULIAH PENYEMBELIH SIRI 1/2024

WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.57.59 AM

 

05 MAC 2024 bersamaan 24 SYAABAN 1445 (SELASA) - Bagi memastikan hanya jurusembelih yang layak dan lulus sahaja diperakukan untuk menerima Tauliah Penyembelih, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Tauliah Penyembelih Siri 1/2024 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Mukim Batu Muda, Sentul, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada juru sembelih melalui sesi temuduga, ujian bertulis dan praktikal sembelihan yang diadakan. Para peserta juga telah didedahkan dengan hukum hakam sembelihan menurut Islam dan manual prosedur/garis panduan/peraturan yang berkaitan dengan pengurusan halal di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Shahriman bin Alipitchay dari Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan Hukum Sembelihan Menurut Perspektif Islam manakala tajuk yang berfokus kepada Sains dan Perundangan Veterinar telah disampaikan oleh Encik Zulkifri bin Zainal Abidin dari Bahagian Pembangunan Industri dan Kesihatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Para peserta juga turut didedahkan dengan aspek Etika dan Tanggungjawab Pemegang Tauliah Penyembelih yang disampaikan oleh Encik Muhammad Amin Bin Ibrahim dari Cawangan Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan JAWI.

Majlis perasmian kursus ini dan penyampaian sijil dan kad Tauliah Penyembelih telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


#pastikanhalal

#halalantoyyiban

 

 

 

WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.00 AM WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.01 AM
WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.00 AM 1 WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.00 AM 2
WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.01 AM 1 WhatsApp Image 2024 08 02 at 11.58.02 AM 2
   

 

Disediakan oleh:

 

Cawangan Pengurusan Halal,

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel