05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL SEMAKAN DAN LAPORAN PENCAPAIAN SKS SETENGAH TAHUN JAWI 2024

WhatsApp Image 2024 07 31 at 11.57.37

 

BENGKEL SEMAKAN DAN LAPORAN PENCAPAIAN SKS SETENGAH TAHUN JAWI 2024

29 JULAI 2024: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Bengkel Semakan dan Laporan Pencapaian Sasaran Kerja Strategik (SKS) setengah Tahun 2024 bertempat di Kompleks Ilaj Home pada 29 Julai 2024. Bengkel ini dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi jabatan, ketua-ketua bahagian dan pegawai kanan jabatan. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyemak pencapaian setengah tahun program dan aktiviti jabatan yang terkandung di dalam dokumen SKS JAWI bagi Tahun 2024. Antara fokus utama yang ingin dicapai melalui bengkel ini adalah untuk memastikan perancangan bagi Tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan peruntukan kewangan jabatan dapat dibelanjakan secara optimum serta berhemah. Melalui bengkel ini juga, YBhg. Datuk Pengarah JAWI sendiri telah meneliti, memperinci dan mengemukakan pelan tindakan yang perlu diambil ke atas program dan aktiviti yang belum dilaksanakan dan mempunyai kekangan dalam pelaksanaan. Di akhir sesi bengkel, semua ketua-ketua bahagian dan pegawai kanan jabatan telah mencapai kata sepakat untuk lebih komited dan proaktif untuk menjayakan program dan aktiviti yang dirancang.

 

 

 

WhatsApp Image 2024 07 31 at 11.57.38 WhatsApp Image 2024 07 31 at 11.57.38 3
WhatsApp Image 2024 07 31 at 16.37.13 2 WhatsApp Image 2024 07 31 at 11.57.37 1
WhatsApp Image 2024 07 31 at 11.57.38 1 WhatsApp Image 2024 07 31 at 12.15.58

 

Disediakan oleh:

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel