05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DELEGASI JAWI BERMUSAFIR KE ZON UTARA

DJ1

 

17 Julai 2024 (Rabu) - Delegasi JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru,Bahagian Pengurusan Dakwah telah bermusafir mulai dari tarikh 17hb hingga 19hb Julai 2024 dalam misi Lawatan Penanda Aras ke dua negeri zon utara. Delegasi telah melawat Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA) di Sungai Petani,Kedah yang merupakan pusat bimbingan kepada mualaf. Seterusnya delagasi JAWI telah disambut oleh YBhg. Dato' Dr Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin yang merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dalam lawatan penanda aras ke JHEAIK.


Manakala di Pulau Pinang,delegasi JAWI telah berkunjung ke Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI). Kehadiran kami telah diraikan oleh YBhg. Datuk Haji Kamarudin bin Abdullah,pengasas dan pengerusi IPSI.


Banyak pengetahuan dan ilmu yang boleh diterapkan dalam lawatan kali ini. Seterusnya, sebagai penutup lawatan delegasi meneruskan langkah ke Masjid Melayu Lebuh Acheh,Pulau Pinang yang sering dikunjungi oleh orang ramai termasuk non Muslim.
Delegasi JAWI seramai 12 orang telah diketuai oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin,Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan turut serta Puan Imlah binti Abd. Aziz,Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua Jabatan,agensi dan NGO di Kedah dan Pulau Pinang atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dalam memperkasakan pengurusan mualaf di negara ini.

 

 

DJ2 DJ3
DJ5 DJ6
dj8 DJ7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel