05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI SIRI 3 TAHUN 2024

PNI 1

 

25 Julai 2024M (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Siri 3/2024 kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia bertempat di Auditorium Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni agama Islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.


Melalui dua slot ceramah yang mendedahkan kupasan berkaitan "Kerangka Pemikiran Islam Sebagai Pegangan Hidup” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Hilmi Bin Saadan, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Manakala slot kedua yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Suhaimi Bin Mohd Yusuf, Pengarah, Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM mengupas tajuk, "Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Perkhidmatan Awam".


Seramai 50 orang peserta telah mengikuti program ini dan semoga dengan pengisian ceramah seumpama ini akan memantapkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dalam merealisasikan budaya al-falah di kalangan penjawat awam.

 

 

PNI 2 PNI 3
PNI 4 PNI 5
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel