05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM MAHABBAH OUTREACH SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H

PMO 1

 

25 JULAI 2024M l 19 MUHARAM 1446H (Khamis) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Mahabbah Outreach Sempena Maal Hijrah 1446H di Asrama Bahagia, Kg. Pandan, Kuala Lumpur.


Program ini bertujuan memberi sokongan dan pengisian ilmu kepada penghuni Asrama Bahagia yang terdiri daripada kalangan remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun. Melalui program ini, para peserta diberi perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh ASP Hafizah binti Raduan, Insp. Kaunseling/Kerjaya, daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pengukuhan Standard (JIPS) PDRM, Bukit Aman dengan topik “Jaga Diri Jaga Maruah” yang menekankan persoalan tanggungjawab remaja menjaga diri dan maruah demi kelangsungan keselamatan diri sendiri. Slot seterusnya menarik minat para peserta dengan penampilan DAI Ahmad Fuad bin Ahmad Mokhtar dengan tajuk pengisiannya “Hijrahku Hanya untuk-Mu”.


Para peserta turut disantuni dengan penyampaian sumbangan yang telah disempurnakan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.


Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada penghuni dan semangat untuk terus memperbaiki jalan kehidupan dalam membentuk diri sebagai muslimah yang mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan.

 

 

PMO 2 PMO 3
PMO 4 PMO 5
PMO 6 PMO 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel