05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF MENYAHUT CABARAN DAN MENUNJUKKAN BAKAT SEMPENA MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2024

MAI 1

 

23 & 24 Julai 2024 | 17-18 Muharram 1446H (Selasa-Rabu) - MAHRAJAN Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 anjuran Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan. Alhamdulillah, mahrajan peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan secara dwi tahunan ini berjaya mengumpulkan para peserta mualaf seramai 95 orang. Terdapat 6 acara yang telah dipertandingkan. Antaranya acara Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Kuiz Amali Solat, Pengucapan Awam/Tazkirah, Azan Iqamat dan Nasyid Berkumpulan.


Alhamdulillah mahrajan kali ini mendapat sambutan yang terbaik dari sahabat mualaf yang sudi menyahut cabaran dan menunjukkan bakat bagi setiap acara. Program mahrajan selama 2 hari ini berobjektifkan menilai pengetahuan, kefahaman serta kemahiran para mualaf dalam aspek ilmu dan pemahaman Islam yang telah dipelajari semenjak memeluk Islam. Selain itu ianya dapat melatih dan memupuk semangat kerjasama antara komuniti asnaf mualaf dan seterusnya mengeratkan ukhuwah antara mualaf dan jabatan agama.
Alhamdulillah, semua peserta telah berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menyahut cabaran bagi menyertai setiap acara. Ternyata para peserta bersedia dengan latihan yang hebat untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi menjuarai acara yang dipertandingkan.


Majlis perasmian dan penyampaian hadiah mahrajan kali ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut bersama ialah Al Fadhil Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Peserta yang telah dinobatkan sebagai johan bagi setiap acara akan mewakili kontinjen Wilayah Persekutuan ke program Mahrajan Amal Islami Mualaf peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober 2024. Semoga kontinjen Wilayah Persekutuan akan terus melakar kejayaan pada tahun ini.

 

 

MAI 2 MAI 3
MAI 4 MAI 5
MAI 6 MAI 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel