05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS UJIAN TASMIK DAN SARINGAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1446H/2024M

MUT 1

 

25 Julai 2024 | 19 Muharram 1446H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Ujian Tasmik dan Saringan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/ 2024M pada 23 hingga 25 Julai 2024. Majlis ini berlangsung di Bilik Kuliah dan Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai 188 orang peserta.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta hafazan al-Quran yang layak ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada bulan Oktober 2024.

Majlis ini telah diadili oleh 6 orang Jemaah Hakim dalam bidang Qiraat dan Hafazan al-Quran iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman, Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni, Tuan Haji Hassan Al-Fadhli bin Abdul Rahman, Tuan Haji Mohamed Tahir bin Abd Manap dan Tuan Haji Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.

Seramai 6 orang peserta lelaki dan perempuan bagi setiap kategori juzuk 1-10, 1-20 dan 1-30 yang layak akan dipilih menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) Tahun 1446H/2024M.

 

 

MUT 2 MUT 3
MUT 4 MUT 5
MUT 6 MUT 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel