05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL MANUAL ‘ILAJ HOME SIRI 1/2024

BM1

 

27 Julai 2024 (Sabtu) - Bengkel Manual ‘Ilaj Home Siri 1/2024 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bengkel ini telah menampilkan barisan panel manual tersebut, antaranya Prof. Madya Dr. Che Zarrina binti Saari, Pensyarah Universiti Malaya dan Tn. Hj. Abu Bakar bin Lajis, Mantan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia dengan tajuk yang bertepatan dengan bengkel.


Para peserta bengkel ini adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI. Mereka termasuk petugas ‘Ilaj Home dan pasukan pengurus jenazah, Unit Kebajikan Islam (UKI).


Turut hadir dalam bengkel ini ialah Puan Imlah binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPD JAWI dab juga Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah BPD JAWI.
Bengkel yang diisi dengan kandungan di dalam Manual ‘Ilaj Home ini telah menambah pemahaman terutamanya dalam kalangan petugas ‘Ilaj Home terhadap bidang tugas untuk mengurus klien di ‘Ilaj Home.


Bengkel yang berlangsung selama separuh hari ini telah diakhiri dengan majlis yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah KSK JAKIM.

 

 

BM2 BM3
BM4 BM5
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel