05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:07
Zohor
16:15
Asar
19:09
Maghrib
20:18
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF KOMITED MEMPELAJARI ILMU ASAS WUDUK DAN SOLAT DI KOMPLEKS DARUL HIDAYAH

KDH 1

 

27 Julai 2024 | 21 Muharram 1446H (SABTU) - Kursus Intensif Fardu Ain bagi Mualaf siri 6/2024 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat Di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidaya Kuala Lumpur.


Alhamdulillah, kehadiran 46 peserta mualaf baharu bersama pengiring dari kalangan keluarga dan pasangan berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan amat baik. Perkongsian sesi slot ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, Penolog Pegawai Kanan Cawangan Kebajikan Saudara Baru, BPD JAWI dan Ustazah Siti Rafiedah Veronica Abdullah, Guru Pembimbing Mualaf LZS amat berkesan dan jitu. Sesi komunikasi secara dua hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan serta pengalaman dari kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat bermanfaat buat peserta.


Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal di dalam kumpulan yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator yang diundang khas guru Kementeria Pelajaran Malaysia telah berjaya dilaksanakan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan semangat dan kesungguhan yang hebat untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.


Kehadiran Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad pada sesi penutup kursus memberikan input dan kata-kata ransangan kepada para peserta mualaf untuk meneruskan sesi pembelajaran pada kelas-kelas harian yang disediakan oleh JAWI mahupun NGO Mualaf kepada mualaf baharu dan lama agar ianya terus menjadi pemangkin kepada mualaf menuntut ilmu asas dengan baik dan sempurna.

 

 

KDH 2 KDH 3
KDH 4 KDH 6
KDH 7 KDH 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel