05:50
Imsak
06:00
Subuh
13:16
Zohor
16:24
Asar
19:20
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PEMANTAUAN PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 2

23 Julai 2024 I 17 Muharam 1446H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Praperkahwinan Islam telah membuat pemantauan ke pusat-pusat Kursus Praperkahwinan Islam yang mengendalikan Kursus Praperkahwinan Islam sekitar Kuala Lumpur.

Pemantauan ini diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat penganjur kursus mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) 2016, antaranya meliputi kelengkapan dan peralatan kursus, penyediaan kerusi meja, ruang solat, ruang makan dan sebagainya. Pemantauan ini juga bagi menyambung semula permit syarikat yang mana tempoh sahnya adalah selama satu (1) tahun.

Pemantauan diketuai oleh Encik Muhamad Jalani bin Ahmad, Ketua Unit Praperkahwinan Islam, BPPK JAWI bersama seorang pembantu dari unit yang sama. Sebanyak dua (2) pusat kursus terlibat dalam pemantauan pada hari ini iaitu Syarikat Profound Learning Solution Sdn. Bhd. yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Syarikat A Hasni Consultant yang terletak di Diamond Square Business Centre, Jalan Semarak Api, Setapak, Kuala Lumpur.

Pihak JAWI akan sentiasa membuat pemantauan ke pusat-pusat kursus yang mengendalikan Kursus Praperkahwinan Islam dari semasa ke semasa dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada peserta kursus di samping memastikan kursus berjalan dengan baik dan lancar. Sehingga kini terdapat 26 pusat kursus /syarikat pengendali Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan jumlah peserta kursus secara puratanya seramai 50,000 orang setahun.

WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 4 WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 7
WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 1 WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 8
WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.29 PM 3 WhatsApp Image 2024 07 23 at 5.39.30 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel