05:50
Imsak
06:00
Subuh
13:23
Zohor
16:45
Asar
19:30
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PENCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2024 (2)

WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 6

26 Jun 2024 | 19 Zulhijjah 1445H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (PNCR & PPNCR) Siri 1/2024 bertempat di Dewan Besar, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Seramai 80 peserta dari kalangan PNCR & PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah hadir pada kursus tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang

Objektif kursus ini diadakan adalah bagi mewujudkan hubungan yang erat di antara PPNCR dengan pihak Jabatan, mempertingkatkan kerjasama, pemahaman dan pengetahuan di kalangan PPNCR, memberi informasi terkini mengenai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan dan meningkatkan kefahamandari segi hukum dan peruntukkan undang-undang terutamanya [Akta 303] Undang-Undang Keluarga Islam 1984. 

Kursus ini telah menampilkan dua penceramah iaitu Ustaz Muhammad Fairudz bin Saderi, Penolong Pengarah Kanan, JAWI Putrajaya dengan tajuk, Etika Dan Peranan PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan Dalam Pematuhan Kepada Hukum Syarak dan Akta 303. Manakala penceramah kedua iaitu Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra, Putrajaya dengan tajuk, Integriti PNCR dan PPNCR Dalam Pelaksanaan Tugas Dan Perkhidmatan Kepada Masyarakat. Kedua-dua penceramah adalah mantan PNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpengalaman luas tentang urusan perkahwinan.

Pengisian sebelah petang pula ialah Diskusi Isu-isu Nikah Cerai dan Rujuk. Slot inimemberi penjelasan kepada peserta tentang maklumat-maklumat terkini berkenaan nikah, cerai dan rujuk serta menjawab pertanyaan dan kemusykilan peserta. Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob bersama-sama Ustazah Nik Norliza binti Nik Kamaludin, PNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 5 WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 4
WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 3 WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 2
WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05 1 WhatsApp Image 2024 06 28 at 15.29.05

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel