05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH PESAKIT HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM (HPKK)

449940317 868180985125744 6044788101379728896 n

 

3 JULAI 2024M | 26 ZULHIJAH 1445H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Bahagian Pengurusan Masjid Zon 5 dengan kerjasama HPKK turun menyantuni para pesakit di HPKK melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah Pesakit Siri 3/2024.

Program Ziarah Pesakit ini diadakan bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan pesakit telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. Manakala sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh para pegawai Masjid Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini diharap dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban para pesakit.

Turut bersama pada program ini ialah YBrs. Puan Farliza Zakaria, Ketua Jabatan Sumber Manusia HPKK. JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HPKK. Semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal seumpama ini dapat diperluaskan dari semasa ke semasa.

 

449501803 868181118459064 8410146482507730536 n 449501809 868180911792418 9062786549204268297 n
449734317 868181018459074 8309213619149455967 n 449738430 868181058459070 353044033747227920 n
449769190 868181148459061 4486961795871363694 n 449918974 868181141792395 6433851051221826890 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel