KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT SIRI 2 TAHUN 2024 DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ UKM (HCTM)
17 JULAI 2024M | 11 MUHARRAM 1446H (RABU) - Seramai 50 orang anggota perubatan HCTM telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Siri 2/2024 anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama HCTM dan Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri. Kursus ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 1, Blok Pra Klinikal, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif utama penganjuran kursus ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan dalam usaha membimbing para pesakit dan ahli keluarga tentang cara serta kaedah pelaksanaan ibadah bagi orang sakit. Kursus ini adalah sebagai salah satu usaha ke arah merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI). Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir pada majlis tersebut, YBrs. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad, Timbalan Pengarah I, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat membantu merealisasikan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) di samping memperkukuhkan kerjasama di antara JAWI dan HCTM . |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan