05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS AKAD NIKAH (TANYALAH USTAZ : AKAD 40)

AKAD NIKAH1

25 Mei 2024 | 16 Zulkaedah 1445H (Sabtu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dan Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Akad Nikah (Tanyalah Ustaz : Akad 40) berkolaborasi bersama Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis Akad Nikah (Tanyalah Ustaz : Akad 40) ini diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI pada tahun ini di samping meraikan ulang tahun TV3 ke-40 yang bertemakan “Inspirasi Generasi”.

Rakaman majlis akad nikah pada hari ini akan disiarkan dalam episod khas dalam rancangan Tanyalah Ustaz bertajuk “Tanyalah Ustaz : Akad 40” pada 8 Jun 2024. Rancangan Tanyalah Ustaz merupakan sebuah program yang disiarkan di saluran terbitan Media Prima Berhad yang membincangkan pelbagai topik berkaitan agama termasuklah isu munakahat.

Seramai 20 pasangan pengantin telah diakadnikahkan secara serentak dalam majlis gilang gemilang ini terdiri daripada kalangan asnaf, golongan B40 dan mereka yang kurang berkemampuan. Pengantin hanya perlu menyediakan mas kahwin dan cincin sahaja manakala kelengkapan serta keperluan lain seperti dewan, pelamin, jamuan, pakaian pengantin, hantaran, upah juru nikah dan saksi, al-Quran, telekung dan sebagainya ditaja oleh JAWI, Media Prima Berhad serta penaja lain.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan khutbah nikah dalam majlis ini dan beliau turut mengakadnikahkan dua pasangan pengantin. Bacaan doa nikah pula telah disampaikan oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang juga turut mengakadnikahkan dua pasangan pengantin.

Program seumpama ini sebagai tanda keprihatinan Jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia juga sebagai platform terbaik dalam usaha memperkasa institusi kekeluargaan Islam di negara kita menerusi penjagaan nasab keturunan yang disarankan oleh syarak.

Melalui perkahwinan yang diberkati dan diredhai Allah SWT dapat membentuk keluarga Sakinah dan Mawaddah yang menjadi pemankin kekuatan generasi Islam yang bertunjangkan kepada kepatuhan ajaran Islam seterusnya mengukuhkan  pembentukan Masyarakat Madani.

AKAD NIKAH2 AKAD NIKAH3
AKAD NIKAH4 AKAD NIKAH5
AKAD NIKAH11 AKAD NIKAH10
AKAD NIKAH8 AKAD NIKAH6
AKAD NIKAH7 AKAD NIKAH9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel