05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 2 TAHUN 2024

KPJ1

 

14 MEI 2024M | 5 ZULKAEDAH 1445H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2024 pada 13-14 Mei 2024 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir, Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Masjid Negara Kuala Lumpur. Hari pertama, para peserta didedahkan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan Adab Menziarahi Pesakit, Hakikat Kematian, Kewajipan Terhadap Jenazah dan Teori Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Nursyamsul bin Abd Roni daripada Masjid Negara.

Urusan pengurusan jenazah adalah demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang perlu difahami dan dikuasai sebaik mungkin oleh orang Islam dan hak yang perlu ditunaikan ke atas orang mati. Kriteria pengurus jenazah ialah pertama, Muslim yang berilmu tentang selok belok pengurusan jenazah. Kedua, pengurus jenazah perlulah berani dan boleh mengendali dalam apa jua keadaan dan ketiga, tidak rasa jijik dan mampu menghadapi bau, loya dan tidak jijik serta keempat, amanah dengan sentiasa merahsiakan keaiban dan menceritakan kebaikan jenazah sahaja.

Sesi ceramah kedua pula disampaikan oleh Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman, Guru Pendidikan Islam SMK Puchong berkaitan tajuk pengurusan harta pusaka dan hukum faraid. Penceramah memetik firman Allah menerusi surah an-Nisa’ ayat ke-7, bahawa Allah SWT mengangkat martabat kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka walaupun jumlah bahagian mereka berbeza. Sebelum kedatangan Islam (zaman jahiliyyah), golongan wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka setelah kematian suami mereka.

Kursus diteruskan dengan praktikal pengurusan jenazah secara berkumpulan yang merangkumi tatacara mandi, proses kafan dan solat jenazah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator berpengalaman daripada Unit Kebajikan Islam. Slot seterusnya dibuka untuk sesi soal jawab kepada para peserta untuk bertanyakan soalan berkaitan pengurusan jenazah.

Pada hari kedua, para peserta telah didedahkan dengan amali pengurusan jenazah yang melibatkan satu jenazah lelaki dan satu jenazah wanita. Proses amali tersebut dilakukan di Tanah Perkuburuan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur – Karak dengan bimbingan fasilitator dari Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah ini mampu menjadi mutiara berharga kepada para peserta sekaligus memberi pengalaman baharu buat mereka.  

 

 

KPJ2 KPJ3
KPJ5 KPJ6
KPJ7 KPJ8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel