05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JELAJAH KE 5 BUAH SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) BAGI PROGRAM KESEDARAN HIV

SIRAJ1

 

9 Mei 2024 (KHAMIS) | 30 Syawal 1445H - Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menjelajah ke 5 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menganjurkan Program Agama dan Kesihatan melalui Program Kesedaran HIV menerusi Unit Komuniti Disayangi (KDS).

Program ini telah melibatkan 200 peserta bagi setiap siri khusus kepada pelajar-pelajar Tahap 2 dari Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Sebanyak 5 siri program telah dijalankan bermula 30 April 2024 bertempat di SIRAJ Saidina Othman ibn Affan (SUBA) Bdr Tun Razak, Siri kedua pada 6 Mei 2024 di SIRAJ Abdullah ibn Mas’ud (AIM) Putrajaya, siri ketiga pada 7 Mei 2024 di SIRAJ AL-ALUSI Kg Dato Keramat, siri keempat di SIRAJ Abdullah Ibn Abbas (AIA) di Pantai Dalam dan siri kelima di SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari (ADAG) Jinjang, Kuala Lumpur.

Sejumlah 1000 orang pelajar telah didedahkan dengan ceramah kesedaran kesihatan berkaitan “Apa itu HIV?” menerusi slot Jom Peduli. Program ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam usaha menjayakan kempen Sifar HIV menjelang 2030. Slot ini melibatkan lima orang penceramah yang terdiri daripada pakar perubatan keluarga iaitu Dr. Izwan Effendy, Dr. Hasfaneza, Dr. Yap Gaik Chin dan Dr. Nur Azziaty.

Sementara dari perspektif agama pula menampilkan penceramah selebriti yang terdiri daripada Dai Nor Adibah, Dai Shazwan, Dai Hidayu, Dai Ain dan Dai Fuad di dalam slot ceramah yang bertajuk “Al Aqlu Salim Fi Jismi Salim”.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pelajaran JAWI dan semua Guru Besar dan warga SIRAJ. Diharap penganjuran program ini memberi manfaat kepada para pelajar di dalam menelusuri kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini.

 

 

SIRAJ2 SIRAJ3
SIRAJ4 SIRAJ5
SIRAJ6 SIRAJ7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel