05:54
Imsak
06:04
Subuh
13:17
Zohor
16:39
Asar
19:14
Maghrib
20:29
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH PESAKIT KE HOSPITAL PUTRAJAYA (HPJ) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

zp1

 

2 Mei 2024M | 23 Syawal 1445H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Bahagian Pengurusan Masjid Cawangan JAWI Putrajaya dengan kerjasama HPJ turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HPJ melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah Pesakit Siri 2.


Program Ziarah Pesakit ini diadakan sempena Aidil Fitri 1445H bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan pesakit telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Hazizi bin Razi, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, JAWI Cawangan Putrajaya. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban pesakit.


Turut bersama pada program ini ialah Matron Norhaizan binti Abdul Aziz, Ketua Jururawat Wad Obstetrik HPJ. JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HPJ. Semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal seumpama ini dapat diperluaskan dari semasa ke semasa.

 

 

zp2 zp3
zp4 zp5
zp6 zp7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar