05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERSAMA MUALAF, KOMPLEKS DARUL HIDAYAH (KDH)

kq1a

 

3 April 2024M I 23 RAMADAN 1445H (RABU) - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah menganjurkan Program Khatam al-Quran Bersama Pelajar Mualaf Tahun 1445H / 2024M di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul, Kuala Lumpur dengan kerjasama Surau Alhidayah . Program ini dihadiri oleh para pelajar dan penghuni KDH kehadiran berjumlah seramai 155 orang. Objektif program adalah bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan kepada al-Quran dengan memahami sejarah penurunannya. Selain itu ianya dapat membudayakan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian serta dapat menghayati keistimewaan dan keberkatan bulan ramadan dengan aktiviti tadarus al-Quran secara berkumpulan. Program di sempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru merangkap Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Program ini dimulakan dengan ucapan YBrs. KPP CKSB seterusnya Majlis Khatam bermula. Semoga program-program seumpama ini dapat diteruskan untuk setiap tahun yang mendatang agar matlamat Ihya’ Ramadan dapat dirasai oleh semua masyarakat Islam tidak kira dari mana latar belakang mereka. Semoga syiar Islam terpelihara.
 

 

 

kq2 kq4
kq5 kq6
khatam quran 1 ka7 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel