05:54
Imsak
06:04
Subuh
13:17
Zohor
16:40
Asar
19:14
Maghrib
20:29
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR KELUARGA MADANI “KELUARGA MADANI ASAS KESEJAHTERAAN UMMAH”

Seminar 1

7 Mac 2024 | 26 Syaaban 1445H (Khamis) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya telah berlangsung Seminar Keluarga Madani “Keluarga Madani Asas Kesejahteraan Ummah”

Seramai 500 orang peserta dari kalangan penjawat awam, badan berkanun, NGO dan sebagainya telah hadir menjayakan seminar pada kali ini. Seminar ini juga merupakan antara salah satu program anjuran Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI.

Program dimulakan dengan forum bertajuk “From Home To Jannah” yang disampaikan oleh 2 orang panel berpengalaman iaitu Profesor Dato’ Dr. Fariza binti Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan Ustaz Muhammad Syaari bin Ab Rahman, Jurulatih Utama Tadabbur Centre dengan dipimpin oleh moderator, Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad dari JAWI.

YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan Ucaptama "Keluarga Madani Asas Kesejahteraan Ummah, seterusnya merasmikan program tersebut. Dalam ucaptama, YB Senator telah menyampaikan tentang konsep keluarga madani yang berteraskan kepada 3 prinsip utama iaitu Sakinah (ketenangan) Mawaddah (kasih sayang) dan Rahmah (belas kasihan). Beliau turut menyentuh mengenai peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh JAWI dan JAKIM dalam  menangani isu-isu berkaitan kekeluargaan.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI serta wakil agensi dan jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Seminar 1 2 Seminar 1 3
Seminar 1 4 Seminar 1 5
Seminar 1 6 Seminar 1 7
Seminar 1 8 Seminar 1 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar