05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS AKAD NIKAH RAHMAH 2024

Majlis Akad Nikah 1

24 Februari 2024 | 14 Syaaban 1445H (Sabtu) – Program Sambutan Jubli Emas JAWI 50 Tahun disemarakkan lagi dengan penganjuran Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.Program Sambutan Jubli Emas JAWI 50 Tahun disemarakkan lagi dengan penganjuran Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Seramai 10 mempelai pengantin diijabqabulkan secara serentak termasuk salah satu pasangan pengantin yang dinikahkan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Penganjuran Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 menepati objektif penganjuran hasil kolaborasi strategik dengan Rakan-rakan Strategik JAWI selaku penaja sebagai inisiatif menggalakkan perkahwinan dalam kalangan golongan muda yang layak dibantu.

Setiap pasangan pengantin sangat bertuah apabila YB Menteri berucap padat yang disulami nasihat berguna dan berkongsi panduan kepada pasangan "Raja Sehari" termasuk juga semua tetamu jemputan dan ahli keluarga pasangan pengantin. YB Senator Menteri menyeru agar memanfaatkan peranan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI menerusi khidmat rundingcara bagi mendukung pengukuhan Keluarga Malaysia Madani.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, YBhg, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP serta wakil agensi dan jabatan. Majlis yang penuh seri dan keceriaan diiringgi dengan alunan selawat dan nasyid yang disampaikan oleh Kumpulan Nasyid Auladul Ayyubi, SIRAJ Saidina Othman bin Affan, Cheras, Kuala Lumpur.Setiap pasangan pengantin telah disediakan keistimewaan “Raja Sehari” menerusi tajaan majlis jamuan khas, set pelamin pengantin, sudut bergambar “photo booth”, sepersalinan baju setiap individu pengantin, sebentuk cincin emas pengantin perempuan (3 gram), hadiah iringan berbentuk plak cenderahati, telekung, sejadah, kopiah dan senaskhah al-Quran. Majlis berakhir dengan sesi potong kek dan bergambar para pengantin bersama YB Senator Menteri dan seterusnya jamuan khas majlis.

Majlis Akad Nikah 1 2 Majlis Akad Nikah 1 3
Majlis Akad Nikah 1 4 Majlis Akad Nikah 1 5
Majlis Akad Nikah 1 6 Majlis Akad Nikah 1 8

Majlis Akad Nikah 1 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel