05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/ 2024M (SIRI 1)

WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.31 PM

27 FEBRUARI 2024M | 17 SYAABAN 1445H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Saringan Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2024M bertempat di Dewan Serbaguna, ‘IIaj Home, Kuala Lumpur.

Majlis ini melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Para peserta yang berjaya melepasi saringan ini akan menyertai Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) sebagai salah satu inisiatif baharu JAWI untuk melatih dan melahirkan qari dan qariah Wilayah Persekutuan yang dapat menguasai bidang tilawah al-Quran setanding dengan negeri-negeri lain.

Majlis saringan tilawah ini telah diadili oleh empat (4) orang panel hakim yang berpengalaman dalam bidang al-Quran dan seni tilawah al-Quran iaitu Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni, Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Tuan Haji Amirahman bin Haji Abbas dan Tuan Haji Hassan Al-Fadhli bin Abd. Rahman. Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) bakal dilangsungkan pada Oktober 2024 yang akan datang.

WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.31 PM 1 WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.36 PM
WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.32 PM WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.33 PM
WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.33 PM 1 WhatsApp Image 2024 02 27 at 8.40.32 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel