05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT ASAS DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT MAKLUMAN PELANTIKAN PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ WILAYAH PERSEKUTUAN

TAKLIMAT 1 COPY

10 Januari 2024 | 28 Jamadilakhir 1445H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan program Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, BPPK, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan taklimat asas yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penolong Pengarah Kanan (PPK) BPPK berkaitan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ (NCR), bidang tugas PPNCR, etika sebagai juru nikah dan sebagainya.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan surat makluman pelantikan kepada 15 orang penerima iaitu 2 orang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Wali Raja, 9 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 4 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

YBrs. Tuan Haji Kamaldin dalam ucapannya telah memberi amanat kepada para penerima tauliah agar melaksanakan tugas dan amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dalam memastikan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan dapat diurus dengan baik dan teratur selaras dengan kehendak Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. 

Turut hadir YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah (KPP) BPPK, JAWI bersama beberapa orang pegawai BPPK lain. 

Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah kepada pemegang tauliah baharu atas pelantikan sebagai PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan. Semoga kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah ini akan beroleh sebaik-baik ganjaran dari Allah SWT.

TAKLIMAT 2 TAKLIMAT 3
TAKLIMAT 4 TAKLIMAT 9
TAKLIMAT 5 COPY TAKLIMAT 10
TAKLIMAT 6 COPY TAKLIMAT 7 COPY
TAKLIMAT 8 COPY

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel