05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JABATAN AGAMA ISLAM PERAK KE PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI, JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

LAWATAN KERJA 1

23 Januari 2024 | 11 Rejab 1445H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menerima kunjungan dari Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi lawatan kerja ke UTC Kuala Lumpur @ Pudu Sentral yang merupakan salah satu Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) JAWI.

Delegasi JAIPk diketuai oleh YBrs. Encik Nor Hafizzuddin bin Anuar, Penolong Pengarah Kanan, Unit Khidmat Nasihat, Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPk bersama 3 orang kakitangannya bagi melihat secara dekat serta mendapatkan penerangan berkaitan fungsi, peranan dan pengoperasian PKKSK sebagai pusat khidmat nasihat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Kehadiran delegasi dan kesudian mereka berkunjung ke PKKSK JAWI telah disambut baik oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah Persekutuan. Turut hadir, YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, YBrs. Puan Azian Eziana binti Ahmad, Ketua Unit Pembangunan Keluarga Islam BPPK serta pegawai dan kakitangan BPPK yang lain.

Diharap perkongsian maklumat dan pengalaman ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada para peserta lawatan seterusnya menjalinkan hubungan silaturrahim dan kerjasama strategik sesama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

LAWATAN KERJA 2 LAWATAN KERJA 3
LAWATAN KERJA 4 LAWATAN KERJA 5
LAWATAN KERJA 6 LAWATAN KERJA 7 COPY

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel