05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA TEAM ‘ILAJ HOME KE YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA DAN PERSATUAN INSAF MURNI MALAYSIA

412178691 757537996190044 3927404933710006510 n

18 DISEMBER 2023M | 5 JAMADILAKHIR 1445H (ISNIN) – ‘Ilaj Home yang diketuai oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Pengolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan lawatan kerja ke ke Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Putrajaya dan NGO Persatuan Insaf Murni Malaysia, Kabin Harapan, Kuala Lumpur.
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui ‘Ilaj Home Kuala Lumpur dengan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan golongan al-riqab (komuniti rentan) khususnya Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA).

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkongsian idea dan pengalaman serta saranan yang diterima berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya pengoperasian ‘Ilaj Home dapat berjalan dengan lancar mungkin. Pertemuan tersebut turut menyentuh aspek pengurusan klien, persediaan mental dan fizikal petugas ‘Ilaj Home dan aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan supaya klien ‘Ilaj Home boleh kembali hidup seperti biasa dalam kalangan masyarakat.

YKN dan Persatuan Insaf Murni turut menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada JAWI dalam membantu menjayakan pengisian program dan menjadi rujukan bagi perkara-perkara melibatkan klien ‘Ilaj Home. Tidak dinafikan bahawa kerjasama antara JAWI dalam pengurusan ‘Ilaj Home dengan agensi yang berpengalaman adalah pemangkin yang kukuh dalam mencapai objektif penubuhan ‘Ilaj Home.

412231759 757538012856709 8081914470394102107 n 412240782 757538139523363 2252034534529907058 n
412122980 757538016190042 8230100075203756056 n 412165332 757538102856700 9186825038842317317 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel