05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PERSEDIAAN PSIKOLOGI & PEMANTAPAN KESIHATAN PETUGAS ‘ILAJ HOME

WhatsApp Image 2023 12 14 at 12.39.35 PM 1

12 DISEMBER 2023M | 28 JAMADILAWAL 1445H (SELASA) - Bertempat di Dewan Serba Guna ‘Ilaj Home Kuala Lumpur satu bengkel telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para petugas ‘Ilaj Home tentang HIV/AIDS dan tatacara pengendalian klien. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Unit HIV/STI Hepatitis C, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) yang diketuai oleh Dr. Raudah bin Abd Rahman.

Pengisian slot telah disampaikan oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Kesihatan Keluarga daripada Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) dan Matron Hajah Fadzilah binti Haji Abdul Hamid, daripada Rumah Solehah.

Para peserta telah didedahkan dengan Pengenalan tentang Human Immunodeficiency Virus (HIV) iaitu virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS).

Selain itu, para peserta juga telah dikongsi berkaitan stigma tentang HIV/AIDS dan perkara yang perlu diambil tahu dalam mengendalikan Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA), serta persediaan fizikal dan mental petugas ‘Ilaj Home.

Para peserta juga turut melalui Ujian Asas HIV bagi memantapkan pemahaman tentang perkongsian sepanjang bengkel ini. Bengkel Persediaan Psikologi dan Pemantapan Kesihatan Petugas ‘Ilaj Home berakhir dengan ucapan oleh Puan Suraiti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah.

WhatsApp Image 2023 12 14 at 12.39.36 PM WhatsApp Image 2023 12 14 at 12.39.36 PM 2
WhatsApp Image 2023 12 14 at 12.39.36 PM 1 WhatsApp Image 2023 12 14 at 12.39.35 PM

Disediakan oleh:

 

Sekretariat ‘Ilaj Home

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel