KUNJUNG HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) KE PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM, (UMMI) USIM
11 DISEMBER 2023M | 27 JAMADILAWAL 1445H (ISNIN) – ‘Muliakan OKU dengan Agama’ adalah slogan utama yang dibawa oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) ini. JAWI menyahut seruan bagi memperkasakan lagi program-program pengukuhan Islam di Wilayah Persekutuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) melalui jalinan kerjasama yang dibina dengan pelbagai pihak. Hal ini agar penghayatan dan kefahaman kepada ilmu agama Islam turut sampai kepada semua lapisan masyarakat merentasi warga OKU.
Oleh itu, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi) telah mengadakan kunjung hormat ke Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan ini bertujuan untuk membuka ruang kerjasama strategik, pertukaran idea dan pandangan dalam kerangka penyelidikan dan keperluan OKU melalui program-program yang dirangka mencapai objektif, lebih holistik dan sistematik.
Semoga dengan kunjung hormat ini lebih banyak peluang kerjasama dan program dapat digiatkan lagi dalam mengukuhkan penerapan nilai dan ilmu Islam kepada warga OKU secara komprehensif.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan