05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN PENANDA ARAS BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS KE JAWI

LAWATAN PENANDA ARAS 1

27 November 2023 | 13 Jamadilawal 1445H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembanganunan Keluarga (JAWI) telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Bahagian Undang-undang Keluarga (BUUK) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Seramai 4 wakil delegasi BUUK JAIS terdiri daripada Puan Siti Khadijah binti Abdul Wahid (Penolong Pengarah Kanan), Puan Sharifah Nazihah Binti Syed Mohamed (Penolong Pengarah), Puan Sarimah Binti Hami (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam) dan Puan Samida Binti Hanim (Pembantu Hal Ehwal Islam). 

Kehadiran delegasi BUUK JAIS telah disambut baik oleh Puan Warda binti Misnon (Ketua Penolong Pengarah) serta pegawai dan kakitangan BPPK JAWI.  Lawatan Penanda Aras BUUK JAIS ke BPPK JAWI ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat berkenaan prosedur pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta cara-cara pendigitalan dokumen secara sistematik bagi tujuan memudahkan urusan semakan dokumen dan perekodan. 

Delegasi telah dibawa ke bilik rekod dan ke Cawangan Nikah, Cerai dan Ruju’ untuk melihat proses dokumentasi dan Daftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di BPPK JAWI.

LAWATAN PENANDA ARAS 2 LAWATAN PENANDA ARAS 3
LAWATAN PENANDA ARAS 4 LAWATAN PENANDA ARAS 5
LAWATAN PENANDA ARAS 6 LAWATAN PENANDA ARAS 7
LAWATAN PENANDA ARAS 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel