05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN PASUKAN PENYELIDIK IECSB, UIAM KE JAWI

Kunjungan Penyelidik 1

21 November 2023 | 7 Jamadilawal 1445H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menerima kunjungan pasukan penyelidik IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd. (IECSB), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi temu bual berkaitan “Kajian Penggubalan Dasar dan Pelan Perkhidmatan Kaunseling Negara” bertempat di Bilik Mesyuarat BPPK, Aras 3, JAWI Kuala Lumpur.

Seramai 4 orang penyelidik IECSB telah hadir ke JAWI terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mardiana binti Mohamad (Ketua Penyelidik), Prof. Dr. Najibah binti Mohd Zin, Prof. Madya Dr Roslina binti Che Soh dan Cik Sarah Sofiyyah binti Shamsul Ma’arif.

Kehadiran pasukan penyelidik serta kesudian mereka berkunjung ke BPPK amat dialu-alukan oleh YBrs Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah Persekutuan bersama beberapa orang pegawai BPPK yang lain. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi pihak penyelidik menjalankan sesi temu bual secara terperinci bersama pegawai-pegawai BPPK serta perkongsian idea dan maklumat tentang kajian dengan melihat sejauhmana pelaksanaannya di peringkat JAWI dalam menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, runding cara dan kaunseling kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. 

Alhamdulillah, sesi temu bual berjalan dengan lancar disertai perbincangan dan soal jawab bagi setiap persoalan dan isu yang dikemukakan. Kerjasama yang baik daripada kedua-dua belah pihak juga diharap dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan seterusnya memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan tetapi juga kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Kunjungan Penyelidik 2 Kunjungan Penyelidik 3
Kunjungan Penyelidik 4 Kunjungan Penyelidik 5
Kunjungan Penyelidik 6

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel