05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI DAN NGO MUALAF BEKERJASAMA IKHTIAR KANDUNGAN DAKWAH MUALAF DI MEDIA SOSIAL

WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.46.59 PM

17 NOVEMBER 2023M | 3 JAMADILAWAL 1445H (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Penerbitan Media Mualaf Wilayah Persekutuan bertempat di D’Wharf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta termasuk urus setia yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pegawai dan sukarelawan dari kalangan NGO. Penceramah undangan adalah Sifu Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi merupakan Trainer Multimedia dari syarikat UD Creative Empire yang telah mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pengiklanan dan pengisian di media sosial. Beliau berjaya menarik minat peserta dan memberi input-input menarik berkaitan content yang sesuai untuk berdakwah dalam media sosial kepada semua lapisan umur dan pelbagai info untuk menambah baik dakwah di Media Sosial.

Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mendapatkan input dan pengisian untuk di war-warkan ke dalam media sosial sebagai salah satu platform dakwah terkini kepada mualaf dan non muslim khususnya. Pelbagai info dan kaedah yang telah di kongsikan sepanjang 3 hari bengkel terlaksana dengan baik.

Alhamdulillah, diharapkan bengkel ini dapat menambah kefahaman dan minat serta kreativiti pegawai dan kakitangan JAWI serta sukarelawan NGO untuk berkarya sekaligus dapat menghasilkan karya dakwah di Media Sosial dengan pengisian yang menarik serta berjaya menjadi tular di kalangan masyarakat serta memberi manfaat yang berpanjangan.

WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.46.59 PM 1 WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.47.01 PM 1
WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.47.02 PM 1 WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.47.02 PM
WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.47.00 PM WhatsApp Image 2023 11 19 at 6.47.03 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel