05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD PENARAFAN PUSAT-PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2023

Majlis 1

31 Oktober 2023 | 16 Rabiulakhir 1443H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Standard Penarafan Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 30-31 Oktober 2023 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Majlis ini diadakan bagi menghargai penglibatan dan pencapaian syarikat dan pengendali Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) yang banyak membantu JAWI dalam melaksanakan KPPI kepada masyarakat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan. Perasmian majlis dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. 

Sesi ceramah telah diadakan pada hari kedua program yang disampaikan oleh YBrs Puan Nurfarizan binti Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM dengan tajuk "Amanah Dalam Kerjaya". Program diteruskan dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) oleh pengendali-pengendali KPPI yang hadir bagi membincangkan strategi, halatuju serta penambahbaikan pusat-pusat kursus praperkahwinan Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Tahun ini merupakan tahun keempat pelaksanaan program penarafan pusat-pusat KPPI bertujuan untuk mempertingkatkan standard kualiti pengurusan pusat-pusat KPPI di Wilayah-Wilayah Persekutuan ke tahap optimum supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Sebanyak 26 pusat kursus telah terlibat dalam penilaian penarafan pada tahun ini meliputi pusat-pusat kursus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Seramai 12 orang panel penilai telah dilantik oleh JAWI bagi tujuan ini. Kaedah penilaian pula adalah berpandukan Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam JAWI berdasarkan 4 komponen utama iaitu Kemudahan & Fasiliti, Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) & Garis Panduan Pelaksanaan KPPI, Aplikasi SPPIM serta Fail & Rekod Pusat Kursus, dengan penggredan A, B dan C (1-5 Bintang).

Pada tahun ini, sebanyak 19 pusat kursus berjaya mendapat Gred A (Cemerlang), 6 pusat kursus mendapat Gred B (Baik), manakala selebihnya mendapat mendapat Gred C.

Majlis 2 Majlis 3
Majlis 4 Majlis 5
Majlis 6 Majlis 7
Majlis 8 Majlis 9

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel